Wednesday, September 30, 2009

FTSM sudah remaja

15 tahun dahulu, FTSM telah ditubuhkan (1/10/1994). Pelbagai peristiwa suka dan duka telah dihadapi dalam meniti pengalaman usia. Kini tentunya usia remaja lebih banyak mencabar. Semoga FTSM cekal dan bersemangat menghadapi semuanya.

Selamat ulangtahun FTSM !

Wednesday, September 16, 2009

Ucapan Hari Lebaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada semua ahli Jabatan dan ahli Kumpulan Komputeran Industri serta rakan dan taulan yang dihormati,

Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI untuk rakan-rakan
semua. Sempena lebaran ini, saya juga ingin memohon ampun dan maaf
sekiranya ada salah dan silap sepanjang perkenalan dan pentadbiran jabatan
selama ini. Semoga semua bergembira dan bersyukur di Hari Raya ini bersama
keluarga tersayang.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

-Riza Sulaiman-