Saturday, December 4, 2010

BENGKEL PEMANTAUAN PRESTASI PENYELIDIKAN KUMPULAN KOMPUTERAN INDUSTRI

1. Pengenalan


Sumbangan idea yang bernas, pemikiran dan tenaga daripada para pensyarah amat diperlukan dalam mewujudkan kecemerlangan di dalam bidang-bidang penyelidikan. Justeru, hala tuju penyelidikan yang seiring dengan perubahan globalisasi amat perlu juga dititikberatkan supaya ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat terutamanya para pelajar dan sekaligus mewujudkan persekitaran penyelidikan yang efektif dan produktif.

Oleh itu, Kumpulan Penyelidikan Komputeran Industri, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat bercadang mengadakan Bengkel Pemantauan Prestasi Penyelidikan Kumpulan Komputeran Industri di bawah Geran Universiti Penyelidikan bagi memperkemaskan aktiviti penyelidikan dan perbelanjaan agar seiring dengan keperluan, metodologi dan teknologi terkini terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

2. Latar Belakang


Bengkel Pemantauan Prestasi Penyelidikan Kumpulan Komputeran Industri ini dianjurkan oleh Kumpulan Penyelidikan Komputeran Industri (IComp). Matlamat utama bengkel ini adalah untuk memantau dan menambah baik projek sedia ada dan membentuk strategi bagi meningkatkan bilangan dan kualiti penyelidikan Kumpulan IComp. Bengkel ini akan memantau dan membincang bukan sahaja dari sudut prestasi projek penyelidikan yang sedang berjalan, tetapi juga dari sudut pemerolehan dana penyelidikan baru dan keseluruhan aspek yang membentuk citra penyelidikan yang unggul seperti penerbitan, paten, pembangunan modal insan. Bengkel ini akan membincangkan wawasan Ketua Kumpulan dan juga hala tuju kumpulan pada tahun akan datang.



Jawatankuasa penganjur:

Penaung : Prof. Dr. Abdul Razak Hamdan (Ketua Nic ICT, UKM)

Pengerusi : Prof. Madya Ir. Dr Riza Sulaiman (Ketua Kumpulan IComp)

Urusetia : Dr Ang Mei Choo

Cik Nurdiyana Mohd Yassin

Puan Maslinah Osman


3. Tujuan Bengkel


Terdapat empat tujuan utama bengkel:

• Memantau prestasi projek penyelidikan Kumpulan IComp sepanjang tahun 2010.

• Melengkapkan Laporan Prestasi Kumpulan Penyelidikan IComp (untuk Laporan KPPU 2010).

• Merancang aktiviti Kumpulan IComp selaras dengan citra dan nic UKM untuk tahun 2011.

• Menjadi platform kepada ketua kumpulan untuk memberi penerangan tentang wawasan penyelidikan komputeran industri, perancangan kewangan serta mekanisma perjalanan kumpulan untuk mencapai wawasan berkenaan.