Wednesday, May 4, 2011

Program Permata Ceria

Program Permata Ceria  ini merupakan program pertama yang dianjurkan oleh mahasiswa dan mahasiswi dari Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat (FTSM), Universiti Kebangsaan Malaysia. Program yang diadakan di Chemor, Perak ini bercirikan khidmat masyarakat untuk berkongsi pengalaman dan memberikan khidmat sebagai mahasiswa/i yang perihatin. Pelbagai aktiviti akan disusun bagi menarik minat mahasiswa/i di FTSM untuk menyertainya.

Program Permata Ceria ini adalah cetusan idea dari pelajar-pelajar tahun 1 Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat (FTSM) buat julung kalinya. Progaram ini merupakan satu bentuk aktiviti kemasyarakatan di samping mengeratkan lagi hubungan pelajar tahun 1 FTSM.

Anjuran:
Mahasiswa/i,

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat,
Universiti Kebangsaan Malaysia.