Wednesday, August 24, 2011

Salam Aidilfitri dari AJK KIT FTSM 2009-11

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ahli KIT FTSM,




Di bulan Ramadhan yang mulia ini dan sempena menjelangnya Syawal tidak lama lagi, saya bagi pihak semua AJK KIT FTSM 2009-2011, ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua ahli KIT FTSM.

Kami juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan dan kekurangan kami dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai AJK KIT sesi ini. Mohon ampun dan Maaf.

Didoakan semoga semua ahli KIT dan keluarga, selamat di mana sahaja berada dan bergembira selalu bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.


Mari bersiar di Tanjung Puteri,
Luas terbentangnya sawah padi.
Kemaafan diminta di Aidilfitri,
Moga silaturrahim kekal abadi.


Bunga teratai terapung-apung,
Indah sungguh hiasan taman.
Kalau memandu pulang ke kampung,
Buanglah hobi mengumpul saman.



Salam Aidilfitri,
Riza Sulaiman
Pengerusi KIT 2009-11
FTSM