Monday, April 27, 2020

Rezeki daripada ALLAH

Jika tiba² rasa DOWN kejap dgn Bisnes, saya selalu akan ingat kembali akan Abdul Rahman bin Auf dengan kisah kurma busuknya.

Kata Rasulullah saw, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk syurga akhir sekali kerana terlalu kaya.
Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama. 😲

Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal.

Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat r.hum tadi  dengan harga kurma bagus πŸ’΅πŸ’΅

Kesemuanya bersyukur..Alhamdulillah.. kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku keras ! Diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf.

Sahabat gembira.
Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira.
Semua happy !

Sahabat lain gembira sebab ada sales.
Abdul Rahman bin Auf r.a pula gembira sebab...
jatuh miskin!

Ma shaa Allah.. hebat, kan ?
Cuba kalau kita ?
Bisnes goyang sikit, pakat teriak tak tentu arah dah

Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk surga dulu.

Ye lah, sebab sudah miskin.

Namun.. Subhanallah.. Perancangan Allah itu memang paling terbaik  πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ


Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk 😲

Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah KURMA BUSUK !

Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa 😲

Allahuakbar..

Jadi.. yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk ?


ALLAH S.W.T lah yang Memberi Rezeki 🀲🏽


Ibrah dari kisah ini sangat special buat saya sebab ia buat saya sangat YAKIN bahawa rezeki itu totally dari Allah. Bukan sebab bisnes kita itu sudah cukup bagus atau produk kita yang terbaik  yang akan beri kita sales yang banyak πŸ’΅πŸ’΅

Kadang-kadang, KEYAKINAN dalam hati kita itu yang belum cukup kuat


We plan,
but Allah has also planned everything for us.

If something goes wrong, it went wrong for a good reason πŸ‘πŸΎ


Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri sahabat yang sedang diuji perniagaannya
❤πŸ‘πŸ»

Sunday, April 26, 2020

NAK BERJAYA

😊 *RAMAI ORANG NAK BERJAYA, TAPI BUAT TENGAH JALAN. BUAT² TAK JADI BERHENTI. MACAM MANA NAK BERJAYA. !!!

πŸ”₯🏁πŸ”₯🏁πŸ”₯🏁πŸ”₯🏁

ORANG² YANG GAGAL TUNGGU ANDA BUAT DULU.

πŸ’œπŸπŸ’œπŸπŸ’œπŸπŸ’œπŸπŸ’œ

ORANG² YANG GAGAL TUNGGU ANDA TUNJUK BUKTI.

ANDA NAK BERJAYA JANA INCOME RIBUAN RINGGIT SETIAP HARI ?

ORANG² YG BERJAYA, DIA BUAT SAMPAI JADI.

ORANG² YANG BERJAYA, DIA BUAT BERTERUSAN.

ORANG² YANG BERJAYA, DIA REBUT PELUANG.

ORANG² YANG BERJAYA, BUKAN TUNGGU DAN LIHAT.

ORANG² YANG BERJAYA, DIA TAK PETLU ADA BUKTI BARU MULA BUAT.

ORANG² YANG BERJAYA, DIA BUAT DULU..

✅πŸ’š✅πŸ’š✅πŸ’š✅πŸ’š

*JOM SAMA² KITA BUKTIKAN KEPADA KAWAN² KITA DI LUAR SANA !

Saturday, April 18, 2020

Al Allamah Tuan Guru Haji Nordin Jenderam Hilir ( 1920 - 1987 )





Al Allamah Tuan Guru Haji Nordin Jenderam Hilir 
( 1920 - 1987 )

Tuan Guru Haji Nordin Bin Haji Syukur dilahirkan di Kampung Lubok Katak, Tapah, Perak dan berkuturunan Rambah dari Sumatera. Ayahnya Haji Syukur ialah anak murid kepada Syeikh Ahmad Jenderam, Selangor yang alim lagi tegas. Beliau mempunyai adik beradik seramai 6 orang.

Mendapat pendidikan awal di Madarasah Masriyah, Tanah Liat, Bukit Mertajam. Pada tahun 1936, ketika berusia 16 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya ke Mekah dengan memasuki Madrasah Darul Ulum dan turut menerima pendidikan di halaqah ilmu sekitar Masjidil Haram selama 10 tahun.

Diantara gurunya ialah :

1. Syeikh Salleh Masri Bukit Mertajam
2. Pak Da Eil Mekah
3. Syeikh Abdul Qadir al-Mandili
4. Syeikh Amin Kurtubi
5. Syeikh Hassan Masyath

Pada tahun 1946, beliau bernikah dengan Hajah Khalijah Binti Syeikh Ahmad Jenderam. Kendurinya diadakan besar-besaran selama 2 hari kerana Syeikh Ahmad gembira kerana mendapat menantu yang alim lagi wara'. Umurnya ketika itu 26 tahun manakala isterinya pula 15 tahun.

Diantara jawatan yang pernah disandang Tuan Guru Haji Nordin ialah :

1. Guru di Maahad al-Hamidiyah, Kajang mulai tahun 1952 hingga 1975.
2. Pada sebelah pagi, mengajar di kelas agama darjah khas Kajang
3. Guru di Sekolah Agama Rakyat Jenderam Hilir pada sebelah petang.
4. Mengajar masyarakat dari Kampung Jenderam Hilir hingga Kampung Sungai Merap
5. Kalau tidak mengajar di masjid atau surau, beliau akan mengajar anak-anak kampung mengaji al-Quran dan taranum.
6. Imam Masjid Kampung Jenderam Hilir hingga akhir hayat
7. Jurunikah kariah Jenderam Hilir
8. Hakim Tilawatul Quran bagi daerah Sepang yang diadakan di Klang
9. Mengajar di Madrasah at-Taufiqiyyah Kajang dan Madrasah al-Islamiyah Pondok Jenderam Hilir

Diantara anak muridnya ialah :

1. Tuan Guru Haji Muhammad Hafiz Selamat
2. Ustaz Haji Muhammad Rani
3. Tuan Haji Abdul Hamid Bin Talib - Imam Jenderam Hilir
4. Tuan Haji Tohir - Imam Jenderam Hilir

Berikut merupakan sahabat seperjuangannya :

1. Syeikh Hassan al-Azhari
2. Tuan Guru Haji Hashim Kajang
3. Tuan Guru Haji Abdul Wahab Sungai Loi
4. Tuan Guru Haji Muhammad Zain Sungai Ramal

Perwatakannya :

1. Fasih berbahasa Arab
2. Bersuara merdu apabila mengalunkan alunan barzanji dan marhaban
3. Berlemah lembut
4. Pendiam
5. Tiada pemarah
6. Pemurah
7. Amat kasih sayang kepada kanak-kanak dan anak yatim

Tuan Guru Haji Nordin pernah menerima Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS) pada tahun 1978.

Beliau meninggal dunia pada tarikh 15 Julai 1987 bersamaan 19 Zulkaedah 1407 didalam usia 67 tahun. Jenazahnya dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Jenderam Hilir, Kajang.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

*Sumber - Ustaz Din Pondok Pasir Tumboh

#KenaliUlamak

Saturday, April 11, 2020

Supervision Logbook




Al-Arba'iniya ("The Forty")

The Muslim scholar of Medicine, 'Ibn Sina (980-1037)' suspected that some diseases were spread by microorganisms,... To prevent human-to-human contamination, he came up with the method of isolating people for 40 days. He called this method al-Arba'iniya ("The Forty").

Traders from Venice heard of his successful method and took this knowledge back to contemporary Italy. They called it "Quarantena" ("the forty" in Italian). This is where the word "quarantine" comes from. The origin of the methods currently being used in much of the world to fight pandemics have their origins in the Islamic world.

Allah says in the Quran: "Who saves one human life, it is as if he has saved all mankind" - (5:32).

Even today Ibn Sina's method saves thousands, perhaps millions, of lives. Ma sha Allah, that is another legacy filled with barakah!

Note: Ibn Sina's full name was Abu Ali Al-Hussein Ibn Abdullah Ibn Sina. In the west he is also known by the Latin version of his name: Avicenna.