Monday, January 7, 2019

Surat Kenaikan Pangkat ke Prof Madya (Tahun 2007)

Sedang kemas-kemas pejabat, terjumpa surat lama....



Thursday, January 3, 2019

Sunday, December 16, 2018

Briged Payung Terjun

SEJARAH

Peranan 10 Para ini pada mulanya adalah sebuah pasukan serangan negara pada masa berlakunya peperangan atau darurat. Penubuhan Briged Payung Terjun ini telah dicadangkan oleh badan penasihat pertahanan Malaysia pada akhir tahun 1970an sebagai salah satu daripada rancangan pemodenan bagi sistem ketenteraan Malaysia. Pada asalnya rancangan ini tidak mendapat sebarang sokongan daripada pihak kerajaan yang dianggap berpunca dengan kaitan terhadap formasi briged ini yang bakal menjadi kesangsian oleh negara jiran, khasnya Singapura.

Pada bulan November 1988, Malaysia tidak mampu menyahut permintaan untuk bantuan oleh Maldives semasa negara itu dicerobohi oleh organisasi pengganas upahan Tamil. Atas ketidakmampuan untuk memberi bantuan dengan segera, panglima angkatan tentera Malaysian telah mengemukakan penubuhan unit payung terjun dalam organisasi Tentera Darat Malaysia.


1988 – satu batalion infantri Tentera Darat Malaysia daripada Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja telah mendapat latihan payung terjun dan peranan tradisinya sebagai infantri biasa telah ditukarkan kepada batalion payung terjun. Batalion ini menjadi pasukan pertama aturgerakcepat terbaru.
1990 – Batalion ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja dan Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja telah menerima kelayakan dan menyertai pasukan aturgerakcepat.
10 Oktober, 1994 – Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) telah merasmikan penubuhan Briged Infantri ke-10 Malaysia sebagai Briged ke-10 Payung Terjun.

PERANAN

10 Briged Para mempunyai berbagai-bagai kemahiran sepertimana tarafnya sebagai sebuah pasukan elit Tentera Darat. Atas sebab itulah juga, 10 Briged Para diakui mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan mampu diaturgerakkan dalam masa yang singkat untuk bergerak ke atas mana-mana kawasan operasi sejajar dengan cogankata briged ini -Tindak Pantas.

Kepantasan unit elit 10 Briged Para ini secara tidak langsung telah memberi satu kelebihan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misinya bagi memastikan keamanan negara terus dikekalkan sehingga sekarang. Dari segi kebolehan, 10 Briged Para adalah pasukan elit payung terjun yang setanding dengan lain-lain pasukan payung terjun di luar negara, misalnya Delta Force Amerika Syarikat. 10 Briged Para sememangnya adalah sebuah pasukan elit yang mantap tetapi pada masa yang sama sentiasa mempunyai sikap merendah diri dan tidak gemar mendabik dada atas kebolehan yang ada. Semangat setia kawan (esprit-de-corp) menjadi teras utama pasukan ini dan juga boleh diumpamakan sebagai sebuah pasukan yang mengutamakan hubungan silaturahim antara setiap anggota dan pegawai-pegawai atasan.

IDENTITI

Anggota 10 Para memakai beret merun melambangkan entitinya sebagai pasukan elit. Beret Merun yang dipakai oleh pasukan elit ini juga dikenali sebagai Pegasus @ (APAC)=Asas Pasukan Aturgerak Cepat. Pegasus bermaksud kuda terbang iaitu seekor kuda yang mempunyai sayap dan banyak terdapat di dalam cerita mitos masyarakat barat, khasnya mitos masyarakat Greek. Kehebatan nama haiwan ini telah digunakan oleh pasukan Paratrooper British sewaktu mereka melaksanakan ujian pemilihan ke atas anggota tentera darat British sebelum mereka layak diterima sebagai anggota Paratrooper dan seterusnya layak memakai beret merun. Dalam formasi ini antara syarat untuk melayakkan pemakaian beret merun adalah lulus kursus asas payung terjun dan berjaya menamatkan kursus penyesuaian Beret Merun (Pegasus) .



Sunday, November 11, 2018

Tuesday, November 6, 2018

Sunday, November 4, 2018

ASTAKONA

ASTAKONA, TAPAK LAPAN DAN ILMU IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL) DI ALAM MELAYU

Antara lagu yang saya suka dengar ialah Taman Astakona, lagu yang masyhur pada tahun 90an. Mungkin ramai dari kita yang tidak mengetahui maksud 'Astakona'.

Astakona adalah perkataan bahasa Melayu yang membawa maksud segi lapan (oktagon). Bentuk segi lapan ini sering dipaparkan oleh nenek moyang kita pada tiang-tiang rumah dan   adakalanya dipahat pada ukiran-ukiran rumah.

Mengikut maklumat yang saya perolehi dari kajian-kajian di lapangan, bentuk astakona ini sangat berkait rapat dengan Tapak Lapan iaitu ilmu ikhtiar hidup masyarakat di Alam Melayu.

Suatu ketika dahulu, setiap orang dalam masyarakat di Alam Melayu mesti menguasai sekurang-kurangnya lapan jenis ilmu mata pencarian hidup supaya mereka boleh membina kehidupan mereka dan tidak hidup melarat walau dalam apa keadaan sekalipun.

Ilmu tapak lapan ini juga akan diterapkan pada anak-anak sejak dari kecil lagi. Inilah antara silibus pendidikan tidak rasmi anak-anak di Alam Melayu.

Ilmu Tapak Lapan tersebut adalah seperti berikut:-

1) Bercucuk tanam
2) Menangkap ikan
3) Bertukang
4) Bernira (menghasilkan bahan pemanis)
5) Meneroka hasil hutan
6) Mendulang (meneroka sumber galian)
7) Kerja-kerja seni (mengayam, mengukir, menjahit, menempa dll)
8 - Berniaga

Ibrah yang kita boleh ambil dari nenek moyang kita ialah mereka memiliki pelbagai kemahiran hidup (multiple skills). Ini contoh 'gah' nya mereka dan ini bukan retorik.

Insya Allah saya akan mengeluarkan buku tentang Ilmu Tapak Lapan ini nanti dan akan dijadikan salah satu bentuk modul pendidikan mengikut kesesuaian zaman di Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara.

Mohon tuan-tuan dan puan-puan doakan saya

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadum Islam Nusantara

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10210382523278117&id=1793962151

Thursday, November 1, 2018

TR / LTIVI / 03 / 2018


Kajian ini bertujuan membangun Teknik Kedudukan Dinamik Berasaskan Pembaikan Halaju (VcCPBD) bagi mempertingkat kestabilan tindak balas perlanggaran melibatkan kedudukan, halaju dan pecutan nod partikel selepas berlaku perlanggaran Sesama Sendiri (SCD). Uji kaji menunjukkan perlanggaran teknik VcCPBD yang direkod adalah tidak melebihi 5 mili saat pada setiap langkah masa. Selain daripada itu, purata perlanggaran teknik ini juga mencapai nilai lebih kecil sebanyak 1.018% berbanding dengan teknik Halaju Gerakan 1.995% dan teknik Berasaskan Kedudukan Dinamik (PBD) 1.151%. Uji kaji turut menunjukkan teknik yang dicadang dapat menjana peningkatan masa komputasi perlanggaran yang signifikan berbanding dengan pendekatan tradisional.