Sunday, August 25, 2019

SARJAN HASSAN PAHLAWAN MELAYU

Sarjan Hassan Pahlawan Melayu Islam yang Hebat...

Pada 31 Julai 2013 TV2 telah menyiarkan dokumentari khas Sarjan Hassan. Rupanya Sarjan Hassan ini adalah merupakan pahlawan Melayu Islam yang terlalu hebat tetapi kerana sikapnya yang begitu merendah diri, warak serta tawaduk maka keperwiraannya tidak begitu diketahui umum.

P. Ramlee juga hebat, dibuat filem Sarjan Hassan waktu negara dalam era darurat. P Ramlee ubahsuai filem Sarjan Hassan berkisarkan menentang Jepun, bukan menentang komunis.

Sarjan Hassan berasal dari N.Sembilan. Mendapat pendidikan pondok di Rantau, N.Sembilan. Berguru dengan ramai para ulama termasuk Mufti N.Sembilan, Sheikh Hj Ahmad. Ketika dalam tentera Sarjan Hassan amat warak, tidak pernah tinggal solat.

Dia tidak berdendam dengan komunis, tetapi telah berjaya membunuh lebih 100 orang komunis seorang diri dalam pertempuran. Dia tidak mengamalkan ilmu kebal atau ilmu kebatinan yang sesat. Dia hanya berkata Allah sebagai pelindung. Pernah dalam satu pertempuran ketika rakan yang lain sedang merancang untuk menyerang, tiba-tiba Sarjan Hassan lesap dan terus dengar tembakan. Dengan izin Allah dia telah berjaya membunuh 14 pengganas komunis seorang diri pada ketika itu.

Pengganas komunis amat berdendam dengan Sarjan Hassan. Sentiasa mencari peluang untuk membunuhnya atau keluarganya. Satu hari seorang pengganas komunis wanita yang cantik menyerah diri cuba menggoda Sarjan Hassan. Tetapi atas sifat kewarakan Sarjan Hassan, pengganas komunis wanita itu pula yang belot dan memberi maklumat kepada Sarjan Hassan sehingga tertangkapnya 27 orang pengganas komunis.

Jasa besar Sarjan Hassan yang tidak tercatit dalam sejarah atau akhbar di Tanah Melayu pada ketika itu, hanya dilaporkan dalam akhbar Singapura ialah kejayaan Sarjan Hassan (pada ketika itu berpangkat Leftenan) menggagalkan cubaan komunis untuk sabotaj sambutan kemerdekaan 10 hari sebelum 31 Ogos 1957.

Leftenan Hassan dengan 10 anggota telah berjaya menjejaki tempat pertemuan ketua-ketua pengganas komunis seluruh Tanah Melayu di Rawang. Leftenan Hassan berjaya membunuh komunis dan menjumpai dokumen serta senjata yang akan digunakan untuk menggagalkan sambutan kemerdekaan negara yang berkemungkinan untuk membunuh Tuanku Abdul Rahman dan beberapa pembesar Melayu lain.

Sarjan Hassan adalah satu-satunya orang Islam pada ketika itu dari kelulusan sekolah pondok yang berjaya menjadi pegawai tentera berpangkat Leftenan.

Kubur Sarjan Hassan seperti kubur kebanyakan orang Islam lain, tiada yang istimewanya di Makam Sheikh Hj Mohd Said di Seremban.

Sesungguhnya Sarjan Hassan adalah merupakan pahlawan Islam kebanggaan pengajian pondok di Rantau, N.Sembilan dan kebanggaan rakyat Malaysia.

Saya terkenang kembali kata-kata arwah ayah saya yang pernah berjumpa Sarjan Hassan, memang benarlah ayah saya kata Sarjan Hassan ini pendiam, gempal sikit.

Tidak sia-sialah perjuangan ninda saya salah seorang pengasas Rejimen Askar Melayu iaitu Dato Abdullah Hj Dahan, Undang Rembau, yang telah melahirkan pahlawan Melayu Islam yang begitu hebat, merendah diri, warak, tidak tinggal solat yang perlu dicontohi oleh semua perwira negara.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Kapten Hassan bin Othman, ayah saya Lt Kolonel Malakan bin Kamaruddin, ninda saya Dato Abdullah bin Hj Dahan dan seluruh perwira negara yang telah gugur.

Mungkin selepas ini kapal TLDM yang baru boleh diberi nama KD Sarjan Hassan seperti KRI Imam Bonjol di Indonesia, atau Kereta Perisai yang baru diberi nama Sarjan Hassan atau Hassan.

Dokumentari penuh Sarjan Hassan di http://myklik.rtm.gov.my/component/content/article/13-roksprocket-mosaic/339-dokumentari-khas-sarjan-hassan

Thursday, July 25, 2019

Camping Sungai Sendat, Ulu Yam

GPS Co-ordinates:
3°24'11.4"N 101°41'03.3"E
3.403175, 101.684244
It is easy enough to find. Take route B23 Jalan Hulu Yam Bharu - Batu Caves. From Batu Caves you go past Empangan Batu reservoir, then past Sungai Tua Recreational Forest and continue until you reach a T junction at Taman Desa Kaloi / Kampung Gurney. At the T junction turn right and follow the road all the way to the Sendat Waterfall. Limited parking is available.

Thursday, June 27, 2019

Journal of Information & Communication Technology (JICT)

PRELIMINARY ANALYSIS OF WIRELESS COLLABORATIVE NETWORK ON MOBILE DEVICES
Thian Seng Lee & Riza Sulaiman
http://jict.uum.edu.my/images/JICTvol18no32019/327-343.pdf

Wednesday, June 26, 2019

HAMKA berkata .....

Hamka berkata ...

Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tapi bila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.

Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia. 

Kamu tengok pula sirah Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia. 

Allah hantar Musa kerumah Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka. 

Allah menghantar Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda. 

Pelajari lah sesuatu dari kisah kisah seperti itu. Sungguh. Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya! 

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa. 

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab dihadapan Allah nanti. 

Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu ini, kamu kena faham dulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi. 

Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh bahagia. 

Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya.

Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah beri.

Kamu hanya akan bahagia kalau kamu terima dengan redha.

Moga bermanfaat

Sunday, June 16, 2019

CAPAIAN MAKLUMAT GRAFIK BERASASKAN DATA GEOMETRI

LAPORAN TEKNIKAL

Riza Sulaiman, Leong Wai Kit
Institut Informatik Visual,
 Universiti Kebangsaan Malaysia,

E-mail: riza@ukm.edu.my


ABSTRAK

Rekabentuk Berbantukan Komputer (CAD) merupakan suatu aplikasi teknologi komputer dan perisian grafik dalam merekabentuk sesuatu produk. Dengan peredaran masa, aplikasi CAD ini telah diperkembangkan sehingga menjadi suatu proses yang terpenting dalam proses rekabentuk. Namun begitu, lukisan-lukisan CAD ini biasanya terdiri daripada data-data geometri yang banyak dan kompleks. Ini menyebabkan penyimpanan, pengurusan dan pencapaian maklumat lukisan-lukisan CAD ini menjadi sukar. Projek ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah sistem yang akan memudahkan proses pengurusan dan pencarian maklumat geometri lukisan CAD. Sistem yang akan dibina ini akan memproses lukisan-lukisan CAD, menyimpan maklumat geometri dalam pangkalan data, dan memaparkan lukisan CAD secara grafik. Perisian ini dibangunkan sepenuhnya dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan C++, bersama-sama dengan fail eXtensible Markup Language (XML) sebagai pangkalan data dan pustaka OpenGL untuk paparan grafik.