Wednesday, December 11, 2019

Explore new and exciting universities abroad

I am currently a Professor in the field of Visualization. Presently, I am attached with the National University of Malaysia as a professor. I have been an academic staff since 1996, started as a Tutor until to date, a full Professor.

For the past 23 years in the academic field, I am involved in teaching, research, publication and public services. During the last 10 years, my work involved Administration (30%), Research (60%) and Teaching (10%). I have passions in these area.

However, I found now that my time in teaching is less as I am involved in Administrative jobs too much. Hence, I want to contribute back into my teaching profession. As I am not getting any younger, I want to contribute in teaching and research only. I am not very keen in administrative work anymore.

In order to achieve this, I must explore new and exciting universities abroad.

Sunday, November 17, 2019

JEMPUTAN WALIMATUL URUS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Riza Bin Sulaiman & Sharifah Norliziaíne Syed Mohdzar

Dengan segala hormatnya kami menjemput dan mempersilakan
Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

ke majlis perkahwinan putera kami
Muhammad Arif Bin Riza dengan Noor Azirah Ezryn Ibrahim

Pada hari 
SABTU 14 DISEMBER 2019

Di alamat:
DEWAN ADAM & HAWA
Lot 16050A, Jalan Rahmat,
Teras Jernang, Bangi,
Selangor.

Semoga dengan kehadiran Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik,
akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T hendaknya.
Sekian, Terima Kasih.


Disampaikan kad jemputan digital sebagai pengganti kad biasa 😊👇



Thursday, September 26, 2019

Mohon Maaf sebelum Mengerjakan Ibadah


Assalamu'alaikum wbt

Insyaa Allah pada 9 Oktober 2019 saya, Riza Sulaiman dan isteri, Sharifah Norliziaine Wan Mohdzar serta anak-anak: Hanis Adibah Riza & Wafiqah Izzati Riza, akan berangkat ke Tanah Suci untuk ibadah Umrah.

Di kesempatan ini, pada yg mengenali kami atau tidak, saya memohon jutaan ampun dan maaf di atas segala kekurangan, kesilapan dan kesalahan saya serta keluarga, sama ada tuturkata atau tingkahlaku yang disedari mahupun tidak.

Mohon juga doakan kesihatan, kekuatan, keselamatan kepada kami. Semoga Allah permudahkan segala urusan, dan dapat menjalankan ibadah dengan sempurna.

Saya juga doakan agar anda juga dipilih oleh Allah untuk menunaikan ibadah Umrah/Haji, panjang umur, dimurahkan rezeki, ditambah iman, dan dipermudahkan segala urusan. 

Aamiin ya Rabbal alamin.

Monday, September 23, 2019

Chapter in Book


Riza Sulaiman, Zeinab Fardkakaie, Azadeh Noori Hoshar. Finger Vein Recognition: A Sustainable Smart Visual Biometric Security Technology in 4IR for Societal Well-being. (hapter in Book). ISBN 978-967-412-846-3. 2019


Sunday, August 25, 2019

SARJAN HASSAN PAHLAWAN MELAYU

Sarjan Hassan Pahlawan Melayu Islam yang Hebat...

Pada 31 Julai 2013 TV2 telah menyiarkan dokumentari khas Sarjan Hassan. Rupanya Sarjan Hassan ini adalah merupakan pahlawan Melayu Islam yang terlalu hebat tetapi kerana sikapnya yang begitu merendah diri, warak serta tawaduk maka keperwiraannya tidak begitu diketahui umum.

P. Ramlee juga hebat, dibuat filem Sarjan Hassan waktu negara dalam era darurat. P Ramlee ubahsuai filem Sarjan Hassan berkisarkan menentang Jepun, bukan menentang komunis.

Sarjan Hassan berasal dari N.Sembilan. Mendapat pendidikan pondok di Rantau, N.Sembilan. Berguru dengan ramai para ulama termasuk Mufti N.Sembilan, Sheikh Hj Ahmad. Ketika dalam tentera Sarjan Hassan amat warak, tidak pernah tinggal solat.

Dia tidak berdendam dengan komunis, tetapi telah berjaya membunuh lebih 100 orang komunis seorang diri dalam pertempuran. Dia tidak mengamalkan ilmu kebal atau ilmu kebatinan yang sesat. Dia hanya berkata Allah sebagai pelindung. Pernah dalam satu pertempuran ketika rakan yang lain sedang merancang untuk menyerang, tiba-tiba Sarjan Hassan lesap dan terus dengar tembakan. Dengan izin Allah dia telah berjaya membunuh 14 pengganas komunis seorang diri pada ketika itu.

Pengganas komunis amat berdendam dengan Sarjan Hassan. Sentiasa mencari peluang untuk membunuhnya atau keluarganya. Satu hari seorang pengganas komunis wanita yang cantik menyerah diri cuba menggoda Sarjan Hassan. Tetapi atas sifat kewarakan Sarjan Hassan, pengganas komunis wanita itu pula yang belot dan memberi maklumat kepada Sarjan Hassan sehingga tertangkapnya 27 orang pengganas komunis.

Jasa besar Sarjan Hassan yang tidak tercatit dalam sejarah atau akhbar di Tanah Melayu pada ketika itu, hanya dilaporkan dalam akhbar Singapura ialah kejayaan Sarjan Hassan (pada ketika itu berpangkat Leftenan) menggagalkan cubaan komunis untuk sabotaj sambutan kemerdekaan 10 hari sebelum 31 Ogos 1957.

Leftenan Hassan dengan 10 anggota telah berjaya menjejaki tempat pertemuan ketua-ketua pengganas komunis seluruh Tanah Melayu di Rawang. Leftenan Hassan berjaya membunuh komunis dan menjumpai dokumen serta senjata yang akan digunakan untuk menggagalkan sambutan kemerdekaan negara yang berkemungkinan untuk membunuh Tuanku Abdul Rahman dan beberapa pembesar Melayu lain.

Sarjan Hassan adalah satu-satunya orang Islam pada ketika itu dari kelulusan sekolah pondok yang berjaya menjadi pegawai tentera berpangkat Leftenan.

Kubur Sarjan Hassan seperti kubur kebanyakan orang Islam lain, tiada yang istimewanya di Makam Sheikh Hj Mohd Said di Seremban.

Sesungguhnya Sarjan Hassan adalah merupakan pahlawan Islam kebanggaan pengajian pondok di Rantau, N.Sembilan dan kebanggaan rakyat Malaysia.

Saya terkenang kembali kata-kata arwah ayah saya yang pernah berjumpa Sarjan Hassan, memang benarlah ayah saya kata Sarjan Hassan ini pendiam, gempal sikit.

Tidak sia-sialah perjuangan ninda saya salah seorang pengasas Rejimen Askar Melayu iaitu Dato Abdullah Hj Dahan, Undang Rembau, yang telah melahirkan pahlawan Melayu Islam yang begitu hebat, merendah diri, warak, tidak tinggal solat yang perlu dicontohi oleh semua perwira negara.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Kapten Hassan bin Othman, ayah saya Lt Kolonel Malakan bin Kamaruddin, ninda saya Dato Abdullah bin Hj Dahan dan seluruh perwira negara yang telah gugur.

Mungkin selepas ini kapal TLDM yang baru boleh diberi nama KD Sarjan Hassan seperti KRI Imam Bonjol di Indonesia, atau Kereta Perisai yang baru diberi nama Sarjan Hassan atau Hassan.

Dokumentari penuh Sarjan Hassan di http://myklik.rtm.gov.my/component/content/article/13-roksprocket-mosaic/339-dokumentari-khas-sarjan-hassan

Thursday, July 25, 2019

Camping Sungai Sendat, Ulu Yam

GPS Co-ordinates:
3°24'11.4"N 101°41'03.3"E
3.403175, 101.684244
It is easy enough to find. Take route B23 Jalan Hulu Yam Bharu - Batu Caves. From Batu Caves you go past Empangan Batu reservoir, then past Sungai Tua Recreational Forest and continue until you reach a T junction at Taman Desa Kaloi / Kampung Gurney. At the T junction turn right and follow the road all the way to the Sendat Waterfall. Limited parking is available.