Wednesday, June 3, 2009

KRITERIA GANJARAN PENERBITAN

BERIKUT ADALAH DIPETIK DARIPADA EDARAN OLEH PIHAK CRIM, UKM.


JURNAL

(Jurnal/Buku/Bab Dalam Buku)


1. Jurnal Scopus atau ISI akan dibayar RM1500

2. Jurnal Scopus atau ISI dalam Bahasa Melayu akan dibayar RM1800

3. Selain artikel Jurnal, penerbitan lain tidak diambil kira (Proceeding, kertas kerja, letter, abstract, review dan lain-lain)

4. Artikel jurnal bukan Scopus atau ISI atau WOS terbitan UKM, hanya akan dibayar RM300 tidak mengira bahasa pengantar yang digunakan di dalam penulisan

5. Artikel In Press tidak akan dibayar tetapi akan dibayar setelah terbit mengikut tahun terbitan.

6. Artikel yang tidak ada bukti sila berurusan dengan PTSL bukan dengan pihak CRIM.


BUKU & BAB DALAM BUKU

1. Buku dan bab dalam buku yang mempunyai kod yang berdaftar dengan CRIM sahaja yang akan dibayar ganjaran

2. Bab dalam buku mesti melebihi 15 muka surat

3. Buku dalam Bahasa Melayu akan dibayar RM1800.00

4. Buku dalam Bahasa Inggeris akan dibayar RM1500.00


5. Penyunting buku penyelidikan akan dibayar RM300.00 sahaja



Nota:

1. Cek hanya akan diberikan kepada penulis utama dan mesti dari UKM. Terpulang kepada penulis untuk membahagikan ganjaran tersebut kepada ahli-ahli di bawahnya.

2. Jika Pengarang Utama bukan dari UKM, sila nyatakan nama penulis UKM sahaja


MAKLUMAT DI ATAS ADALAH SEBAGAI RUJUKAN RAKAN-RAKAN YANG BERKENAAN.

No comments:

Post a Comment