Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB) & Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM)
Lawatan Mesyuarat Kolaborasi dan Promosi Penyelidikan & Pendidikan UKM
(FKAB& FTSM) & Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS)
Surabaya, 18-22 October 2009
1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membincangkan mengenai peluang untuk mengadakan kolaborasi penyelidikan dan pendidikan serta menandatangani surat hasrat di samping bertukar maklumat penyelidikan mengikut kepakaran masing-masing. Mesyuarat ini juga akan turut membincangkan tentang program mobiliti pelajar dan juga kakitangan yang turut melibatkan hal-hal pengecualian kredit (credit transfer). Satu “roadshow” tentang penyelidikan dan pendidikan pascasiswazah di UKM akan juga dilakukan sebagai satu usaha untuk menarik bakal penyelidik berwibawa dari ITS. Adalah diharap usahasama ini akan dapat meningkat kerjasama penyelidikan dan pendidikan sejajar hasrat dan wawasan Universiti sebagai Pusat Kecemerlangan Akademik dan Penyelidikan bertaraf dunia.
2.0 LATAR BELAKANG
Lawatan Mesyuarat Kolaborasi dan Promosi Penyelidikan & Pendidikan UKM (FKAB & FTSM) & ITS ini merupakan mesyuarat ulung. ITS dikenalpasti kerana kepakaran yang ada dalam bidang Robotik dan Sistem Pintar. ITS juga merupakan gedung ilmu yang mempunyai ramai cerdik pandai yang berpotensi besar dalam bidang penyelidikan. Hasil perbincangan kelak, adalah diharapkan kedua–dua institusi akan menandatangai surat hasrat (letter of intent) kerjasama penyelidikan dan pendidikan.
Cadangan Perjalanan:

18 Okt. 2009 - Bertolak dari KLIA ke Surabaya
19 Okt. 2009 – Perbincangan Program Mobiliti & Pengecualian Kredit &
Roadshow Program Pasca UKM (FKAB & FTSM)
20 Okt. 2009 – Perbincangan kerjasama penyelidikan dan lawatan ke Makmal Robotik, ITS
21 Okt. 2009 – Menghadiri Seminar ‘Industrial Electronic Seminar 2009’
22 Okt. 2009 - Bertolak dari Surabaya ke KLIA
3.0 OBJEKTIF
Menjadi medan perkongsian pengalaman dan membina jaringan kerjasama dengan pakar serumpun
Menjadi medan hebahan yang berkesan mengenai kemajuan dan penemuan terbaru di dalam bidang robotik dan sistem pintar
Mengwujudkan program mobiliti pelajar dan juga staf yang dijangka dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Menarik seberapa ramai penyelidik dan pendidik yang berminat di dalam bidang robotik dan sistem pintar.