Monday, February 26, 2018

Orang yang berjaya....

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

JEMPUTAN SEBAGAI UCAPTAMA, 2018

Assalamualaikum wbt.

YBhg. Prof. Ir. Dr. Riza Sulaiman

Institut Informatik Visual

Universiti Kebangsaan Malaysia



YBhg. Prof.,

JEMPUTAN SEBAGAI UCAPTAMA SEMINAR ANTARABANGSA PENGAJIAN SISWAZAH (SAPS): UKM – UNISAN, 2018

Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Siswazah UKM akan mengadakan Seminar Antarabangsa Pengajian Siswazah (SAPS): UKM – UNISAN, 2018 pada 28 Februari 2018 (Rabu). Tujuan seminar ini diadakan adalah sebagai satu langkah permulaan kerjasama dua hala yang dapat dilakukan antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Universitas Ichsan (UNISAN), Gorontalo. Seminar ini akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh          :          28 Februari 2018 (Rabu)
Masa            :          8.00 pagi – 2.00 petang

Tempat         :          Dewan Kuliah Utama, Pusat Siswazah UKM


Sehubungan dengan ini, sukacita Pusat Siswazah UKM berbesar hati ingin menjemput YBhg. Prof. untuk hadir sebagai ucaptama.

Bersama-sama ini dilampirkan atur cara untuk perhatian dan tindakan YBhg. Prof. selanjutnya.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof. dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. 

Fareeza Faziera Mohd Sajari
Eksekutif | Executive
Pusat Siswazah UKM | The UKM Graduate Centre
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor, MALAYSIA​​

Tel (Office)   : +603-8921 4207
Laman Web/ Website    : www.ukm.my/pusatsiswazah
Facebook   :  Pusat Siswazah UKM

b.p : Prof. Madya Dr. Razaleigh Muhamat @ Kawangit
        Ketua (Promosi Siswazah dan Penajaan)
        Pusat Siswazah UKM

Saturday, February 24, 2018

Berusaha.....

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Thursday, February 22, 2018

Panel Penilai PRGS 2018



Prototype Research Grant Scheme

Wednesday, February 21, 2018

Monday, February 19, 2018

Monday, February 12, 2018