Sunday, November 4, 2018

ASTAKONA

ASTAKONA, TAPAK LAPAN DAN ILMU IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL) DI ALAM MELAYU

Antara lagu yang saya suka dengar ialah Taman Astakona, lagu yang masyhur pada tahun 90an. Mungkin ramai dari kita yang tidak mengetahui maksud 'Astakona'.

Astakona adalah perkataan bahasa Melayu yang membawa maksud segi lapan (oktagon). Bentuk segi lapan ini sering dipaparkan oleh nenek moyang kita pada tiang-tiang rumah dan   adakalanya dipahat pada ukiran-ukiran rumah.

Mengikut maklumat yang saya perolehi dari kajian-kajian di lapangan, bentuk astakona ini sangat berkait rapat dengan Tapak Lapan iaitu ilmu ikhtiar hidup masyarakat di Alam Melayu.

Suatu ketika dahulu, setiap orang dalam masyarakat di Alam Melayu mesti menguasai sekurang-kurangnya lapan jenis ilmu mata pencarian hidup supaya mereka boleh membina kehidupan mereka dan tidak hidup melarat walau dalam apa keadaan sekalipun.

Ilmu tapak lapan ini juga akan diterapkan pada anak-anak sejak dari kecil lagi. Inilah antara silibus pendidikan tidak rasmi anak-anak di Alam Melayu.

Ilmu Tapak Lapan tersebut adalah seperti berikut:-

1) Bercucuk tanam
2) Menangkap ikan
3) Bertukang
4) Bernira (menghasilkan bahan pemanis)
5) Meneroka hasil hutan
6) Mendulang (meneroka sumber galian)
7) Kerja-kerja seni (mengayam, mengukir, menjahit, menempa dll)
8 - Berniaga

Ibrah yang kita boleh ambil dari nenek moyang kita ialah mereka memiliki pelbagai kemahiran hidup (multiple skills). Ini contoh 'gah' nya mereka dan ini bukan retorik.

Insya Allah saya akan mengeluarkan buku tentang Ilmu Tapak Lapan ini nanti dan akan dijadikan salah satu bentuk modul pendidikan mengikut kesesuaian zaman di Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara.

Mohon tuan-tuan dan puan-puan doakan saya

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadum Islam Nusantara

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10210382523278117&id=1793962151

No comments:

Post a Comment