Saturday, April 18, 2020

Al Allamah Tuan Guru Haji Nordin Jenderam Hilir ( 1920 - 1987 )





Al Allamah Tuan Guru Haji Nordin Jenderam Hilir 
( 1920 - 1987 )

Tuan Guru Haji Nordin Bin Haji Syukur dilahirkan di Kampung Lubok Katak, Tapah, Perak dan berkuturunan Rambah dari Sumatera. Ayahnya Haji Syukur ialah anak murid kepada Syeikh Ahmad Jenderam, Selangor yang alim lagi tegas. Beliau mempunyai adik beradik seramai 6 orang.

Mendapat pendidikan awal di Madarasah Masriyah, Tanah Liat, Bukit Mertajam. Pada tahun 1936, ketika berusia 16 tahun, beliau melanjutkan pelajarannya ke Mekah dengan memasuki Madrasah Darul Ulum dan turut menerima pendidikan di halaqah ilmu sekitar Masjidil Haram selama 10 tahun.

Diantara gurunya ialah :

1. Syeikh Salleh Masri Bukit Mertajam
2. Pak Da Eil Mekah
3. Syeikh Abdul Qadir al-Mandili
4. Syeikh Amin Kurtubi
5. Syeikh Hassan Masyath

Pada tahun 1946, beliau bernikah dengan Hajah Khalijah Binti Syeikh Ahmad Jenderam. Kendurinya diadakan besar-besaran selama 2 hari kerana Syeikh Ahmad gembira kerana mendapat menantu yang alim lagi wara'. Umurnya ketika itu 26 tahun manakala isterinya pula 15 tahun.

Diantara jawatan yang pernah disandang Tuan Guru Haji Nordin ialah :

1. Guru di Maahad al-Hamidiyah, Kajang mulai tahun 1952 hingga 1975.
2. Pada sebelah pagi, mengajar di kelas agama darjah khas Kajang
3. Guru di Sekolah Agama Rakyat Jenderam Hilir pada sebelah petang.
4. Mengajar masyarakat dari Kampung Jenderam Hilir hingga Kampung Sungai Merap
5. Kalau tidak mengajar di masjid atau surau, beliau akan mengajar anak-anak kampung mengaji al-Quran dan taranum.
6. Imam Masjid Kampung Jenderam Hilir hingga akhir hayat
7. Jurunikah kariah Jenderam Hilir
8. Hakim Tilawatul Quran bagi daerah Sepang yang diadakan di Klang
9. Mengajar di Madrasah at-Taufiqiyyah Kajang dan Madrasah al-Islamiyah Pondok Jenderam Hilir

Diantara anak muridnya ialah :

1. Tuan Guru Haji Muhammad Hafiz Selamat
2. Ustaz Haji Muhammad Rani
3. Tuan Haji Abdul Hamid Bin Talib - Imam Jenderam Hilir
4. Tuan Haji Tohir - Imam Jenderam Hilir

Berikut merupakan sahabat seperjuangannya :

1. Syeikh Hassan al-Azhari
2. Tuan Guru Haji Hashim Kajang
3. Tuan Guru Haji Abdul Wahab Sungai Loi
4. Tuan Guru Haji Muhammad Zain Sungai Ramal

Perwatakannya :

1. Fasih berbahasa Arab
2. Bersuara merdu apabila mengalunkan alunan barzanji dan marhaban
3. Berlemah lembut
4. Pendiam
5. Tiada pemarah
6. Pemurah
7. Amat kasih sayang kepada kanak-kanak dan anak yatim

Tuan Guru Haji Nordin pernah menerima Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS) pada tahun 1978.

Beliau meninggal dunia pada tarikh 15 Julai 1987 bersamaan 19 Zulkaedah 1407 didalam usia 67 tahun. Jenazahnya dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Jenderam Hilir, Kajang.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

*Sumber - Ustaz Din Pondok Pasir Tumboh

#KenaliUlamak

No comments:

Post a Comment