Tuesday, December 9, 2025
PESUTIMA
Thursday, November 13, 2025
IVIC 2025 : University of Electronic Science and Technology of China, Dongguan City, Guangdong Province, China
10-15 November 2025
Thank you everyone, we have a great time together, and organising an wonderful event to build the good relationships and good exchange between Malaysia and China higher education, wish we will proceed with more events in the future. For a committee from both Malaysia and China, appreciate your contributions to make this conference success. For China committee members, welcome to visit Malaysia.
Friday, September 26, 2025
Pengalaman Pentadbiran
Sekadar renungan masa lampau. Sejak UKM sudi menrima
saya bekerja sebagai tenaga akademik bermula tahun 1986 hingga kini, saya
berpeluang memegang beberapa jawatan pentadbiran. Semoga semuanya dikira
sebagai ibadah oleh Allah. Dijangka pencen wajib pada tahun 2030. Insya Allah.
Terima kasih Allah, Alhamdulillah.
Just a
reflection on the past. Since UKM was willing to accept me to work as an
academic staff starting in 1986 until now, I have had the opportunity to hold
several administrative positions. Hopefully all of them are considered as
worship by Allah. It is expected that mandatory pension will be in 2030. God
willing.
Thank you Allah,
Alhamdulillah.
Sunday, September 21, 2025
UCAPAN PENERIMAAN JAWATAN : Riza bin Sulaiman
UCAPAN PENERIMAAN JAWATAN PENGARAH DAN PENGHARGAAN
KEPADA MANTAN PENGARAH
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam hormat kepada semua.
Dari Pekan ke Masjid Tanah,
Bawa bekalan sekarung lokan;
Saya dipanggil memikul amanah,
Mohon sokongan, kita jayakan.
Segala puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurnia-Nya, saya diberikan amanah dan kepercayaan untuk memegang jawatan
sebagai Pengarah. Saya menyedari bahawa ini bukanlah satu penghormatan semata-mata,
tetapi satu tanggungjawab besar yang perlu saya pikul dengan penuh amanah,
dedikasi dan keikhlasan.
Setiap kali saya diberi amanah, saya akan kongsikan pegangan saya
daripada ucapan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. ketika dilantik menjadi
Khalifah, beliau telah berkata:
"Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin
kamu, padahal aku bukanlah orang yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku
berlaku baik, bantulah aku; jika aku bersalah, betulkanlah aku. Kebenaran itu
adalah amanah, dan kebatilan itu adalah khianat."
Ucapan ini mengingatkan saya bahawa kepimpinan adalah suatu amanah yang
perlu dipandu oleh nilai keadilan, ketelusan dan rasa tanggungjawab terhadap
orang yang kita pimpin. Tidak patut ada cakap-cakap belakang kerana ini bukan
ajaran agama kita. Saya mohon agar semua warga IVI sentiasa menegur dan
menasihati saya sekiranya saya tersilap langkah, tegur secara berhemah dan
berhadapan. serta bersama-sama berganding bahu dalam membawa organisasi ini ke
arah kecemerlangan.
Insya Allah aka nada beberapa amalan kepimpinan Islam yang saya amalkan,
di antaranya :
- · Memudahkan
dan bukan menghukum (Facilitate and not
Penalise).
- ·
Mengenal pasti kekuatan individu dalam pasukan (Identify strength of individual in team).
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Pengarah, Prof. Madya Dr Rabiah Abd Kadir, atas kepimpinan cemerlang beliau sebelum ini. Sumbangan, idea dan usaha beliau telah meninggalkan kesan yang sangat bermakna dan menjadi asas kukuh kepada perjalanan kita seterusnya. Semoga segala jasa beliau diberkati dan terus menjadi inspirasi kepada kita semua.
Kayuh perahu di tengah bendang,
Bawa bekalan berkongsi makan;
Berat sama kita pikul dan galang,
Ringan sama kita jinjingkan.
Akhir kata, saya berharap agar segala usaha yang bakal kita laksanakan akan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. Marilah kita terus bekerjasama dengan semangat yang tinggi demi mencapai visi dan misi IVI kita.
Sekian, terima kasih.
Prof. Ir. Dr. Riza bin Sulaiman
Sunday, August 31, 2025
Saturday, February 22, 2025
Tingkatkan Kehadiran Digital Anda dengan DATSINI!







