Tuesday, January 5, 2010

Kelab Kebajikan Teknologi Maklumat, FTSM.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Ahli KiT FTSM,

Terlebih dahulu, saya bagi pihak AJK KiT sesi 2009-2011 ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab memakmurkan lagi KiT pada sesi kali ini.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua AJK KiT sesi 2007-2009 yang lalu.

Seterusnya, melalui emel ini, saya akan memaklumkan kepada semua ahli tentang cadangan aktiviti KiT sepanjang sesi 2 tahun ini nanti. Antara aktiviti yang telah digariskan adalah seperti berikut:

 LASBELA ke UMT (Terengganu)
 LASBELA ke UNIMAS (Sarawak)
 LASBELA ke Geopark UKM (Langkawi)
 Melancong ke Bandung
 Kursus Pendek IT (Bdr Tasek Selatan)
 Kursus Pendek IT (UNITEN)
 Kursus Pendek IT Cuti Sekolah
 Kursus Pendek IT Bulanan
 Ceramah Agama
 Riadah, BBQ & Pot-luck
 Hari Keluarga FTSM 2010
 Hari Raya FTSM

InsyaAllah kami akan cuba menyempurnakan sebahagian besar aktiviti tersebut dalam tempoh 2 tahun ini dengan usaha dari AJK KiT seperti berikut:

Encik Azmi Nasir - Ketua Biro Kursus Pendek
Encik Abdul Hisham Jalaludin

Puan Hadidah Patong - Ketua Biro Kemasyarakatan & Kebajikan
Encik Ahmad Firdaus Zahari

• Hari Raya
• Ceramah Agama
• Kebajikan ahli

Dr. Juzaiddin Ab. Aziz - Ketua Biro LASBELA

Prof. Madya Dr. Masri Ayob - Ketua Biro Sukan & Rekreasi
• Hari Keluarga
• Riadah

Selain daripada AJK di atas, semua ahli KiT FTSM juga berpeluang memberi sumbangan bagi menjayakan aktiviti kita. Sumbangan yang boleh diusahakan adalah seperti:

 Mengadakan kursus pendek
 yuran keahlian
 sumbangan individu/organisasi/kumpulan penyelidikan

Untuk urusan yuran ahli, AJK KiT sesi 2009-2011 telah bermesyuarat pada 10 November 2009 yang lalu dan telah bersetuju dengan kadar yuran baru mengikut keadaan semasa. Kadar yuran yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Sesi 2009 / 2011
 Profesor : RM150.00 (RM12.50 sebulan)
 Gred 51-54 : RM100.00 (RM8.70 sebulan)
 Gred 41-45 : RM70.00 (RM5.80 sebulan)
 Gred 27-32 : RM50.00 (RM4.20 sebulan)
 Gred bawah 27 : RM25.00 (RM2.08 sebulan)


Sesi terdahulu:
Prof & PM RM100.00
Pensyarah RM50.00
Sokongan RM30.00


Urusan kutipan yuran akan dilakukan seperti biasa iaitu semua ahli KiT boleh sampaikan yuran bulanan kepada Pembantu Jabatan masing-masing. Pembantu Jabatan akan rekodkan kutipan dan sampaikan kepada Bendahari KiT (PM Dr Mohd Khatim Hasan). Ahli KiT yang berada di bawah Pejabat Dekan FTSM, boleh salurkan yuran kepada Puan Noor.
Selain itu, ahli juga boleh sampaikan yuran masing-masing terus kepada Bendahari KiT.

Sekian dimaklumkan. Semoga semua usaha kita dalam mengeratkan silaturrahim sesama ahli FTSM akan mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.
Terima kasih, adanya.

Yang menjalankan tugas,
Riza Sulaiman

No comments:

Post a Comment