Monday, March 19, 2018

Semalam, Hari Ini dan Esok...

Semalam, Hari ini dan Esok.

Kita pada hari ini adalah hasil dari tindakan kita semalam. Jadi untuk menentukan sejarah kita pada hari esok, adalah berdasarkan tindakan kita pada hari ini.

Merancang dan bertindaklah untuk kehidupan yang lebih baik pada hari ini. Kerana jika kita gagal merancang untuk berjaya, kita sudah berjaya merancang untuk gagal pada hari esok.

Rahsia untuk berjaya sampai ke tempat yang dituju, adalah dengan mula melangkah sekarang. Kerana musuh utama kepada memulakan langkah pertama, adalah kelakuan kita yang suka bertangguh.

No comments:

Post a Comment