Tuesday, December 9, 2025

PESUTIMA


AsSalamu’alaikum Warohmatullahiwabarokatuh kepada semua sahabat ahli PESUTIMA.

BERITA KEMATIAN AHLI

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون  

Dengan RASA SEDIH dan DUKACITANYA DIMAKLUMKAN bahawa PENGASAS PENUBUHAN PESUTIMA Allahyarham Dr Hj. Sulaiman bin Shamsuri. No ahli: 0003 telah kembali kerahmatullah 2 Disember 2025 di usia 84 tahun di No. 14, Taman Sembilang 4, Teluk Pulai, Klang Selangor.

Sebab meninggal (maklumat daripada ahli keluarga): Sakit tua.

Tempat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang. Selangor.

Jawatan dan tempat terakhir bertugas: Prof Madya. UiTM Shah Alam, Selangor (jawatan yang pernah disandang Mantan Pengetua ITM Sarawak, Mantan Pengerusi Koperasi UiTM, Mantan Setiausaha Pertama PESUTIMA)

Marilah kita sama2 bacakan Surah Al-Fatihah dan sedekahkan pahala bacaan Umulkitab kepada  Allahyarham serta mendoakan agar rohnya tenang di sana, diampuni dosanya, ditinggikan darjatnya bersama-sama orang-orang  yang mendapat hidayah, dijadikan kuburnya antara  taman-taman syurga serta ditempatkan rohnya bersama para: ambiya’, auliya’, syuhada’,  solihiin dan muttaqiin serta tergolong  di antara calon2 yang dipilih oleh Allah Subhanahuwata’ala  sebagai penghuni syurgaNya yang Maha luas nikmatnya tanpa hisab... In Syaa Allah.  Aamiin Ya Robbal ‘Alamin.

Kita juga dianjurkan agar sama2 memberikan kemaafan seandainya Allahyarham ada melakukan kesalahan. Tuan puan bolehlah menghubungi waris jika ada apa2 perkara  yang masih perlu diselesaikan. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau ingin sampaikan Ucapan Takziah sila hubungi:

Nama waris:
Prof Dr Riza bin Sulaiman
No Tel: +60 19-391 5811

Harap maklum, terima kasih.

Saya yang berusaha menyampaikan;

Dato’ Hj Thanthawi Jauhari bin Hj Ahmad
Presiden (013-3666343)
dan Semua Warga PESUTIMA.
Tarikh: 4 Disember 2025





 

No comments:

Post a Comment