Monday, June 24, 2019
Sunday, June 16, 2019
CAPAIAN MAKLUMAT GRAFIK BERASASKAN DATA GEOMETRI
LAPORAN TEKNIKAL
Riza
Sulaiman, Leong Wai Kit
Institut Informatik Visual,
Universiti
Kebangsaan Malaysia,
E-mail: riza@ukm.edu.my
ABSTRAK
Rekabentuk Berbantukan Komputer (CAD) merupakan
suatu aplikasi teknologi komputer dan perisian grafik dalam merekabentuk
sesuatu produk. Dengan peredaran masa, aplikasi CAD ini telah diperkembangkan
sehingga menjadi suatu proses yang terpenting dalam proses rekabentuk. Namun
begitu, lukisan-lukisan CAD ini biasanya terdiri daripada data-data geometri
yang banyak dan kompleks. Ini menyebabkan penyimpanan, pengurusan dan
pencapaian maklumat lukisan-lukisan CAD ini menjadi sukar. Projek ini bertujuan
untuk menghasilkan sebuah sistem yang akan memudahkan proses pengurusan dan
pencarian maklumat geometri lukisan CAD. Sistem yang akan dibina ini akan
memproses lukisan-lukisan CAD, menyimpan maklumat geometri dalam pangkalan
data, dan memaparkan lukisan CAD secara grafik. Perisian ini dibangunkan
sepenuhnya dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan C++, bersama-sama dengan
fail eXtensible Markup Language (XML) sebagai pangkalan data dan pustaka
OpenGL untuk paparan grafik.
Monday, May 6, 2019
Friday, May 3, 2019
Monday, April 22, 2019
Wednesday, February 20, 2019
VIIS : Past, Present and Future
Visual
Informatics International Seminar (known as VIIS) is taking place at a very
exciting time in a dynamic changing landscape of the world. Despite the world
economic slowdown, research and development in technology related to computer
science and information technology and communications (particularly in Visual
Informatics) has shown a trajectory that will only move forward. VIIS seminar
is a seminar that provides an excellent opportunity to share and exchange
technologies and applications in the field of visual informatics for
professionals, engineers, academics, and industrial people worldwide.
Every
two years, the seminar will be held at Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM
Bangi, Malaysia, which is organised by the Institute of Visual Informatics
(IVI), Universiti Kebangsaan Malaysia. This year (2018), VIIS will be held in
conjunction with the UKM Integrated International Conference (UKM-IIC 2018). VIIS
also has collaboration between several local and oversea universities. Through these
collaboration, the involved universities can share and exchange technologies
among them.
The
idea of having this seminar is to promote discussion and exchange of ideas and
knowledge among researchers from various countries in the field of visual
informatics. It also to gather and discuss working papers on multidisciplinary
areas on visual informatics. Furthermore, it can help to generate and diffuse
new theories, applications and technologies in visual informatics.
The
advances in digital social media technology has made it a necessity for almost
all new technologies to take a socialization inclination and approach. The theme
of the second VIIS seminar (2014) was “Socialization on Visual Informatics in a
Changing Digital Landscape” reflects the need for research to embed aspects of
socialization.
The
volume of information available, particularly from new sources such as social
media and cloud-based business solution, id growing rapidly. The opportunity to
expand insights by combining big data is also accelerating. Thus, the theme of
the third VIIS seminar (2016) was “Towards Ultimate Solutions of
Visualization”, reflects the need for research to find new and creative ways to
identify and display big data, information and knowledge.
This
year VIIS’18 brings latest state-of-the-art theme “Digital Transformation
Landscape in the Fourth Industrial Revolution (4IR)” to cater the current needs
on visual informatics in various research areas and industries. Visual
informatics too has the obligation to do the same. Our website :
https://www.viis18.com
Visual
informatics is a multidisciplinary research field that is well accepted among
researchers and industry in Computer Science, Information Technology and
Engineering. There are several areas had become the tracks of seminar which can
be applied in various domain. The Visual Informatics International Seminar
bring to seminar various experts within this very important research area as
keynote speakers.
Wednesday, February 13, 2019
Leftenan Adnan - AlFatihah
Hari ini, pada petang hening, 14 Februari 1942. Leftenan Adnan.
Sekujur tubuh kaku kelihatan tergantung di sebatang pokok di atas puncak Bukit Chandu, Singapura.
Mayat yang memakai uniform Askar Melayu ini ditikam bertubi2 tanda pembalasan dendam dan marah kerana anak muda berpangkat Leftenan inilah yang mengetuai barisan gagah, ampuh, berani dan hanya maut yang membuatkan mereka berhenti dari mempertahankan Bukit Chandu, pertahanan terakhir British di Singapura sebelum ditawan Jepun.
Lehernya dikelar, dan isi perutnya terburai dimamah bayonet Tentera Jepun. Mayatnya dilarang diturunkan, buat pengajaran untuk para penentang Maharaja Jepun.
Kendatipun diperlakukan sedemikian, di tangannya sendiri telah terkorban berpuluh askar Jepun.
Peluru habis, parang dilibas. Parang tumpul, bayonet dikilas. Bom tangan juga telah habis dilempar ke arah musuh.
Leftenan itu lebih rela berputih tulang dari berputih mata melihat posnya ditawan dan kawasan jagaannya dirampas musuh.
48 jam sebelumnya, sekumpulan Askar Melayu telah mematahkan serangan bertubi2 silih berganti Rejimen Chrysenthemum Tentera Jepun. 48 jam lamanya, Askar Melayu pimpinan beliau dari 1 Melayu, bertempur tanpa henti, berbekal semangat dan berjuang bersama Rejimen Punjabi dan saki baki British menentang keazaman Jepun menawan Singapura yang ketika itu sebahagian dari Tanah Melayu.
Jeneral Yamashita berkata selepas berjaya membunuh Leftenan Adnan dan menawan benteng terakhir Malaya di Bukit Chandu;
"Jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun."
Musuh sekalipun turut mengagumi semangat berjuang anak Melayu ini memimpin para pengawal Bukit Chandu sehingga titisan darahnya yang terakhir.
Hari ini, kita mengenang kecekalan dan pengorbanan beliau kerana pada hari ini, pada petang hening, 14 Februari, 1942, Leftenan Adnan Bin Saidi telah syahid menemui pencipta-Nya.
Terima kasih di atas semua pengorbananmu. Terima kasih juga kepada semua saudara2 kami yang sama gugur dan berkorban demi kami.
Leka kami adalah dosa yang selalu kami abaikan. Segunung jasad terkujur, segunung nyawa melayang, segunung jiwa2 anak kecil, dan ibu2 menjadi balu demi anda semua terus mendaulatkan tanah bertuah ini.
"Tanah keramat tiada galang ganti.
Biar bercerai bijih dari besi.
Melebur reput terurai memakan diri,
Sampai bilapun tanah ini takkan pernah ada ganti.
Biar putih tulang, dibunuh celik, dan mati berdiri,
Tanah keramat ini, putih mata sekalipun, tiada galang ganti."
Alfatihah. Innalillahiwa'innailaihiro'ji'un.
"Amor Ducit Patriae"
- KAM -
KopiNPasta 'THE PATRIOTS'

Subscribe to:
Posts (Atom)